Sepatah Dua Kata

Sunday, December 30, 2012

Coretan Hari Ini - Part 7

Assalamualaikum wrt wbt.

Bertemu kita lagi dalam rancangan 'beginilah kehidupan ku', heheheh..Hari ni tak nak citer banyak-banyak sangat. Cuma nak kongsikan gambar ajer. Gambar ni mase program "Gotong-Royong Mengacau Bubur `Asyura" kat tempat praktikal aku baru-baru ni, Pejabat Agama Daerah Kemaman.

Tarikh : 12 Disember 2012
Tempat : Parking PADK 
Mula : Jam 7 pagi

Sebahagian Kakitangan PADK

Tak Siap Lagi Tu...

 Ustaz Syafiq (baju merah) dan Haji Hamzan

Tu diaa...

Nak siap dah...

Akhirnyeerr...hihihi

Wednesday, December 26, 2012

Coretan Hari Ini - Part 6

Assalamualaikum wrt wbt

Sudah sekian lama tidakku bersihkan ruang tamuku ini...hehehe...berbulan-bulan jugak la rasanyer...mesti dah berhabuk kan...malu plak kat tetamu yang datang...takpe lah..aku harap korang sume sehat belaka la. Cuti sem baru ni pun sibuk dengan program. Kem kat sana sini aku pergi. Walaupun penat, tapi best sangat-sangat. Pengalaman pun aku dapat sekali, bukan penat semata-mata. Aku pun dah belajar loghat kedah la ni..haha.. Almaklum la, hari tu pergi kem kat Sungai Petani. La ni cuti sem pun dah abis suda, so sekarang ni aku dah start praktikal taw..dekat Pejabat Agama Daerah Kemaman, Terengganu. 10 disember lepas aku masuk kat tempat baru ni...walaupun hanya aku sorang jer yang ter'lepas' kat sini, aku terima jer. Sebab memang aku yang mintak kat sini kan. Lagipun dah dapat kenalan baru kat sini. Orang kat sini pun semuanya sempoi-sempoi belaka, layan jer...hehehe. Tapi setakat ni, aku takde buat kerja apa sangat pun. Banyak relaks dari buat kerja, hehehe. Orang pejabat ni kata, sekarang ni dah akhir tahun sebab tu lah dah takde kerja. Akaun pun dah tutup. Insya Allah tahun baru nanti banyak la program yang akan menyusul. Pape pun, aku harap aku dapat buat yang terbaik sepanjang aku praktikal kat sini, Insya Allah. Rasenye cukuplah kot untuk kali ni. Insya Allah kalau ada masa, kita jumpa lagi yer...Selamat Semua !!!

Tempat Praktikal Ku

Sunday, June 3, 2012

Coretan Hari Ini - Part 5 ~Nasihat~

Sikit-Sikit Lama-Lama Jadi Bukit

Islam itu mudah apabila,pertama,menjalankan syari’at Islam boleh secara bertahap. Dalam hal ini, seorang muslim tidak serta-merta diharuskan menjalankan kewajipan agama dan amalan-amalan sunnah secara serentak.
Ada tahap yang mesti dilalui: mulanya kita hanya diperintahkan untuk melaksanakan kewajipan-kewajipan asas agama. Setelah yang asas-asas itu berhasil dilakukan dengan baik dan rapi, kalau punya kekuatan dan kesempatan, maka dianjurkan untuk menambah dengan amalan-amalan sunnah.
Bagaimana?
Pertama, membenarkan Islam diamalkan secara berperingkat- peringkat seperti kita mendidik seseorang untuk bersolat. Saya berikan contoh dari cerita seorang lelaki yang baik tetapi tidak bersolat.
Kisahnya bermula di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama yang datang bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut.
Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi.
“ Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat merupakan tiang agama kita” kata salah seorang pendakwah kepada pemuda tersebut.
“ Emm..insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye “ jawab pemuda tersebut secara sinis.
Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang ulama daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke tempat mereka. Aduan yang sama diberikan. Setelah mendengar dengan teliti aduan para penduduk. Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan pemuda ini.
“ Syeikh pun nak tegur saya juga? Nak suruh saya dirikan solat lima waktu?” sindir pemuda ini bila melihat ulama tersebut datang bertamu ke rumahnya.
Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab “ Sekadar ingin berkenalan.Tiada langsung niat saya ingin memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan”.
Pertemuan pertama berjalan dengan lancar. Langsung tidak disentuh oleh ulama tersebut berkenaan solat . Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar merapatkan tali silaturrahim. Bincang tentang pekerjaan, tempat tinggal, sara hidup dan lain-lain.
Pemuda tersebut begitu senang dengan perlakuan Syeikh. Tanpa sedar terselit rasa kagum pada seorang tua berjubah tersebut. Tidak seperti yang selalu datang bertemu dengannya. Setiap kali duduk , terus memberikan peringatan dan dalil-dalil tentang haramnya meninggalkan solat.
Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung ke tempat penginapan Syeikh. Maka semakin bertambah mesra pergaulan mereka. Begitulah keadaan seterusnya, Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang solat. Sehinggalah tiba satu hari, Syeikh memberitahu bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir. Ini kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar ditempat tersebut telah selesai. Pemuda itu datang bertemu Syeikh. Rasa sedih akan berpisah dengan seorang ulama menyentak-nyentak jiwanya.
Sebelum berpisah, Syeikh memeluk Ahmad seraya berkata dengan lembut “ Ahmad, aku ada mendengar suara-suara mengatakan bahawa engkau tidak pernah bersembahyang. Betulkah begitu?”Tersentak Ahmad bila mendengar pertanyaan daripada Syeikh tersebut.
“ Memang benar wahai tuan Syeikh. Bukan aku tidak mengetahui bahawa ianya wajib cuma sikap malas yang ada padaku inilah yang menghalang untukku melakukannya”jawab Ahmad memberikan alasan.
“Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu tunaikan permintaanku sebelum aku berangkat pulang?”
“Permintaan apa itu wahai tuan?”
“ Kamu pilih solat mana yang paling ringan untuk kamu dirikan. Satu pun sudah memadai, Boleh?”Tanya Syeikh kepada Ahmad.
Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh. Belum pernah dia dengar solat boleh dipilih-pilih untuk disempurnakan.
“ Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh?” Tanya Ahmad penuh keraguan.
“Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja” Jawab Syeikh sambil tersenyum.
“ Baik ,dulu kamu pernah ceritakan kepadaku bahwa kamu berkerja sebagai petani bukan? Dan kamu juga sering bangun awal pagi untuk ke kebunmu. Bukankah begitu Ahmad?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.
“Benar Tuan Syeikh”
”Kalau begitu aku cadangkan kepadamu, alang-alang kamu telah bangun setiap awal pagi , apa kata jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota tubuhmu dengan wudhuk dan terus selepas itu dirikan solat subuh dua rakaat. Dua rakaat sahaja, rasanya tidak terlalu berat bukan?” Syeikh memberikan cadangan kepada Ahmad.
Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima cadangan Tuan Syeikh. Perasaan serba salah menyelinap jiwanya jika dia menolak permintaan syeikh tersebut yang terlalu rapat dengannya.
“Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan meninggalkan sekali-kali solat subuh ini di dalam hidupmu. InsyaAllah tahun depan aku akan berkunjung lagi ke sini. Aku berharap agar dapat bertemu denganmu di Masjid setiap kali solat subuh tahun hadapan.Boleh ya Ahmad? Syeikh memohon jaminan daripadanya.
“ Aku berjanji akan menunaikannya”. Maka dengan senang hati Tuan Syeikh memohon untuk berangkat pulang ke Mesir. Di dalam hatinya, memohon agar Allah memberikan kekuatan kepada Ahmad untuk melaksanakan janjinya.
Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di tempat tersebut, beliau benar-benar gembira bilamana melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya. Namun menurut penduduk setempat, Ahmad hanya solat subuh sahaja. Solat yang lain tetap tidak didirikan. Tuan Syeikh tersenyum. Gembira dengan perubahan tersebut.
Suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid. Syeikh memanggil Ahmad. Seraya bertanya: “ Bagaimana dengan janjimu dulu Ahmad.Adakah ada terdapat hari yang engkau tertinggal menunaikan solat subuh?”.Ahmad menjawab dengan yakin : “ Berkat doamu tuan Syeikh, Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid ini”
“Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engaku benar-benar menunaikan janjimu.”
“ Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan”
“ Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti akan kamu rasakan mudah sekali. Yang penting jangan rasakan ianya suatu paksaan .Tetapi anggap ianya suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa, tetapi disebabkan minatmu yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tanpa disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?”Syeikh menerangkan kepada Ahmad.
“ Benar apa yang tuan katakan.Perkara yang kita lakukan dengan minat, tanpa dipaksa pun akan kita laksanakan”
“Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.
“ Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan , kemudian aku sambung kembali kerja sehingga hampir Asar”
“Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan ? Membasuh tangan dan kaki untuk duduk menjamah makanan? Benar Ahmad?” Tanya Syeikh meminta kepastian.
“Ya benar Tuan”
“ Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadangkan agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu. Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan, terus dirikan solat zohor empat rakaat. Sekadar empar rakaat tidak lama rasanya bukan? Takkan terjejas tanamanmu agaknya?” Kata Syeikh berseloroh kepada Ahmad.
Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. “ Betul juga apa yang disebutkan oleh tuan. Baiklah mulai hari ini saya akan cuba laksanakannya”.
Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad. Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun hadapan.
Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali itulah semakin bertambah bilangan solat yang dilakukan. Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut.
Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya’. Selesai menunaikan solat Maghrib. Terus beliau berangkat pulang ke rumah.
Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad.
“ Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?” Syeikh memulakan bicara.
“ Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan”
“ Baguslah begitu.Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah.”Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad.
“ Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau perhatikan dengan baik. Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini berbanding kamu? Dan Apa kurangnya kamu berbanding kami yang berada di dalam masjid ini?”
Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan.
“ Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya’, sedangkan aku tidak menunaikannya”
“Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami semua?”Tanya Tuan Syeikh menguji.
“Sudah tentu wahai Tuan Syeikh” jawab Ahmad dengan penuh semangat.
“ Kalau begitu dirikanlah solat Isya’. Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami.Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami” Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad.
Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad.Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang yang tidak lagi meninggalkan solat.
Lima tahun bukanlah masa yang singkat untuk memberikan dakwah sebegini. Kesabaran dan hikmah yang tinggi sangat-sangat diperlukan demi menyampaikan risalah dakwah.
Berbeza dengan kita sekarang. Sekali kita bercakap, harapan kita biar sepuluh orang berubah dalam sekelip mata. Oleh kerana itulah, bilamana orang menolak dakwah kita, kita mencemuh, mengeji dan mengatakan bahawa semua sudah lari daripada jalan dakwah.Lari daripada jalan kebenaran.

Thursday, May 31, 2012

Coretan Hari Ini - Part 4

Assalamualaikum Semua..!!!

Alhamdulillah Allah masih lagi panjangkan umurku sampai ke saat ini. Selepas lebih sebulan aku bercuti semester di kampung tercinta, kini aku kembali semula ke kolej untuk menyambung pelajaran dalam semester yang ke 5 pada kali ini. Seronok jugak sebab dapat jumpa semula kawan-kawan ku yang dah lama tak jumpa. Yang paling aku seronok sekali bila aku pergi jumpa pensyarah untuk ambik result exam semester lepas..hahaha..Alhamdulillah, Allah masih lagi bagi aku kegembiraan yang teramat sangat sebab pointer aku naik lagi..syukur sangat-sangat. Terima kasih sangat-sangat kat semua pensyarah yang dah membantu aku dan tak lupa jugak pada kawan-kawan yang banyak support dan sudi study group dengan aku.. Insya Allah semester ni aku nak wat yang terbaik dan mungkin lebih baik lagi dari semester lepas untuk naikkan lagi pointer aku. Tapi bukan itu saje, aku nak jugak tambahkan ilmu di dada ni..baru boleh jadi manusia berguna kan.. Erm..apa-apa pun, kepada kawan-kawan yang sukses dgn result yang gempak semester lepas, TAHNIAH aku ucapkan dan buat mereka yang masih kurang sukses, Insya Allah korang masih ade masa lagi untuk usaha..ANDA MAMPU MENGUBAHNYA..hehehe..Oklah, cukuplah dulu untuk setakat ni..Moga berjumpa lagi di lain waktu yer kawan-kawan..!!!


Time To Study !
Berusahalah Untuk Berubah !!!

Sekian, wassalam.

Thursday, April 5, 2012

Coretan Hari Ini - Part 3

Assalamualaikum Everybody !!!

Alhamdulillah..Hari ni Allah swt masih lagi berikan kita semua nafas seperti sediakala untuk teruskan hidup kat atas muka bumiNya yang indah ni..Aku pun seronok sangat sebab hari ni aku akan menghadapi last paper untuk final exam semester ni..excited pulak nak cuti walaupun rumah dengan kolej aku tak lah jauh sangat pun..hehe..tapi siapa la yang tak suka cuti kan..semua orang suka,bila dah penat study berbulan-bulan..so,time cuti ni la nak rehat pulak..sebelum semua member aku balik kampung masing-masing, aku nak mintak maaf la kat korang semua kalau selama semester ni aku ade buat salah dan silap yer..ampunkan lah aku..huhu..dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki ni..mintak halalkan semuanya yer..semoga perjalanan korang nak balik ke kampung nanti baik-baik jer dan selamat sampai ke destinasi ok..hope kita semua dapat jumpa lagi semester depan k..tu pun kalau semua panjang umur laa..sampai sini je la untuk hari ni..Last sekali,

Happy Holiday Semua !!!
Manfaatkan Cuti Korang Dengan Sebaik-baiknya..
Jumpa Lagi Semester Depan..Insya Allah




Wednesday, April 4, 2012

Coretan Hari Ini Part 2

Assalamualaikum semua...

Sedar tak sedar dah dua tahun aku study diploma kat kolej aku ni..Macam-macam yang dah aku lalui sepanjang aku bergelar siswa kat tanah bertuah ni..Dan macam orang lain,kat mana-mana pun kita pergi,mesti ada kenalan baru kan..Alhamdulillah, aku pun dapat ramai member yang otak giler macam aku jugak..Bukanlah giler sangat-sangat, cuma nakal sikit jer..biasa la tu, anak muda la katakan..Jadi hari ni aku nak memperkenalkan mereka-mereka yang 'giler-giler' tu..hehe..Moh kita..!!

Dah ade nama tu, so takyah kenalkan la yer

Nama dia Raimi Saifullah
Dia ni Exco MPP kat kolej aku

Yang kat sebelah Raimi tu nama dia Syafiq

Dari Kanan : Syafiq, Afif @ Demo, Harith @ Acik

Tengah khusyu' berdoa

Yang ni senior kitorang..kira otai la
nama dia Gazi

Dua serangkai ni pulak Amirul @ Pioi and Hizami 

Dah kenal dah tadi..
Yang pakai jam tu nama dia Ariff..orang Ganu Kite

Ni la keje jenayah yang selalu Hizami buat..jadi photographer

Ni geng budak kelantan..sorang Tanah Merah, sorang lagi Kuala Krai

Ni la tempat selalu aku pergi time cuti sem..TEMERLOH bandar ikan patin

Yang sebelah Hizami tu nama dia Azwan @ Pamol
Lupa nak bagitaw, Hizami and Pamol ni sebenarnya Penyanyi Nasyid

Nilah member aku yang paling 'besar' setakat ni..
Pioi ni nak jadi Motivator katanya..

Pamol ni orang Sabah..
Tu dia tengah belajar tulis loghat Kedah sebab nak jadi menantu orang Kedah

Yang ni pulak Farid..Dia pun Exco MPP jugak..
Asal dari Kedah Darul Aman Tanpanya..hehe

Inilah Ariff budak Ganu Kite tu..
Istimewa dia ni sebab ade 'pemanis muka'

Yang sebelah kanan sekali tu Muhsin @ Mosen..orang Tasik Chini...Peace..!!!

 Ini masa kat umah Atuk Raimi kat Lanchang..bercuti kat sana..

Ini dah kenal dah..

Bila dah abis kelas pun bergambar jer kejenya..

Inilah panglima dan pendekar dahulu kala yang masih hidup hingga ke hari ni..
ini masa pertandingan drama kat kolej aku daa..WINNER lagi..hehe

Tengok dari tepi pun dah boleh agak sape dia ni...kan3x

Tak taw nak kata ape dah..huhu

hmMm..

Kat sini rupanya dia..sebelah Syafiq tu nama dia Zamir...
trade mark die 'ok, fine'...'tahniah laa'..

Skema la pulak..hehe

Walaupun kitorang ni ade sifat dan tabiat yang berbeza-beza, namun kitorang tetap ada matlamat dan cita-cita yang sama iaitu nak jadi seorang DAI`E...
Mudah-mudahan Allah perkenankan..amiin..

Tuesday, April 3, 2012

Coretan Hari Ini - Part 1

Assalamualaikum

Erm...hari ni dah hari Rabu dan aku rasa dah tak sabar2 nak habiskan sisa hidup aku kat kolej ni..final exam pun tinggal 3 paper je lagi termasuk paper untuk petang nanti, pukul 2.30..setiap detik yang berlalu membuatkan diriku makin tak tahan..tapi walaupun excited sangat nk cuti semester, final exam kali ni mesti buat yang terbaik and dapat result yang gempak macam sebelum2 ni atau lebih baik lagi, insya Allah..semoga Allah permudahkan segalanya..hope dapat jawab dengan tenang dan baik2 je laa..dah usaha sedaya upaya..sekarang tinggal tawakal dan jawab jer soalan2 tu nanti..moga sahabat semua doakan aku untuk final exam ni..rasanya sampai kat sini je kot..kita jumpe lagi di lain waktu yer..!!!hepi alwayzZzz..

sekian, wassalam.