Sepatah Dua Kata

Thursday, May 31, 2012

Coretan Hari Ini - Part 4

Assalamualaikum Semua..!!!

Alhamdulillah Allah masih lagi panjangkan umurku sampai ke saat ini. Selepas lebih sebulan aku bercuti semester di kampung tercinta, kini aku kembali semula ke kolej untuk menyambung pelajaran dalam semester yang ke 5 pada kali ini. Seronok jugak sebab dapat jumpa semula kawan-kawan ku yang dah lama tak jumpa. Yang paling aku seronok sekali bila aku pergi jumpa pensyarah untuk ambik result exam semester lepas..hahaha..Alhamdulillah, Allah masih lagi bagi aku kegembiraan yang teramat sangat sebab pointer aku naik lagi..syukur sangat-sangat. Terima kasih sangat-sangat kat semua pensyarah yang dah membantu aku dan tak lupa jugak pada kawan-kawan yang banyak support dan sudi study group dengan aku.. Insya Allah semester ni aku nak wat yang terbaik dan mungkin lebih baik lagi dari semester lepas untuk naikkan lagi pointer aku. Tapi bukan itu saje, aku nak jugak tambahkan ilmu di dada ni..baru boleh jadi manusia berguna kan.. Erm..apa-apa pun, kepada kawan-kawan yang sukses dgn result yang gempak semester lepas, TAHNIAH aku ucapkan dan buat mereka yang masih kurang sukses, Insya Allah korang masih ade masa lagi untuk usaha..ANDA MAMPU MENGUBAHNYA..hehehe..Oklah, cukuplah dulu untuk setakat ni..Moga berjumpa lagi di lain waktu yer kawan-kawan..!!!


Time To Study !
Berusahalah Untuk Berubah !!!

Sekian, wassalam.

Thursday, April 5, 2012

Coretan Hari Ini - Part 3

Assalamualaikum Everybody !!!

Alhamdulillah..Hari ni Allah swt masih lagi berikan kita semua nafas seperti sediakala untuk teruskan hidup kat atas muka bumiNya yang indah ni..Aku pun seronok sangat sebab hari ni aku akan menghadapi last paper untuk final exam semester ni..excited pulak nak cuti walaupun rumah dengan kolej aku tak lah jauh sangat pun..hehe..tapi siapa la yang tak suka cuti kan..semua orang suka,bila dah penat study berbulan-bulan..so,time cuti ni la nak rehat pulak..sebelum semua member aku balik kampung masing-masing, aku nak mintak maaf la kat korang semua kalau selama semester ni aku ade buat salah dan silap yer..ampunkan lah aku..huhu..dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki ni..mintak halalkan semuanya yer..semoga perjalanan korang nak balik ke kampung nanti baik-baik jer dan selamat sampai ke destinasi ok..hope kita semua dapat jumpa lagi semester depan k..tu pun kalau semua panjang umur laa..sampai sini je la untuk hari ni..Last sekali,

Happy Holiday Semua !!!
Manfaatkan Cuti Korang Dengan Sebaik-baiknya..
Jumpa Lagi Semester Depan..Insya Allah




Wednesday, April 4, 2012

Coretan Hari Ini Part 2

Assalamualaikum semua...

Sedar tak sedar dah dua tahun aku study diploma kat kolej aku ni..Macam-macam yang dah aku lalui sepanjang aku bergelar siswa kat tanah bertuah ni..Dan macam orang lain,kat mana-mana pun kita pergi,mesti ada kenalan baru kan..Alhamdulillah, aku pun dapat ramai member yang otak giler macam aku jugak..Bukanlah giler sangat-sangat, cuma nakal sikit jer..biasa la tu, anak muda la katakan..Jadi hari ni aku nak memperkenalkan mereka-mereka yang 'giler-giler' tu..hehe..Moh kita..!!

Dah ade nama tu, so takyah kenalkan la yer

Nama dia Raimi Saifullah
Dia ni Exco MPP kat kolej aku

Yang kat sebelah Raimi tu nama dia Syafiq

Dari Kanan : Syafiq, Afif @ Demo, Harith @ Acik

Tengah khusyu' berdoa

Yang ni senior kitorang..kira otai la
nama dia Gazi

Dua serangkai ni pulak Amirul @ Pioi and Hizami 

Dah kenal dah tadi..
Yang pakai jam tu nama dia Ariff..orang Ganu Kite

Ni la keje jenayah yang selalu Hizami buat..jadi photographer

Ni geng budak kelantan..sorang Tanah Merah, sorang lagi Kuala Krai

Ni la tempat selalu aku pergi time cuti sem..TEMERLOH bandar ikan patin

Yang sebelah Hizami tu nama dia Azwan @ Pamol
Lupa nak bagitaw, Hizami and Pamol ni sebenarnya Penyanyi Nasyid

Nilah member aku yang paling 'besar' setakat ni..
Pioi ni nak jadi Motivator katanya..

Pamol ni orang Sabah..
Tu dia tengah belajar tulis loghat Kedah sebab nak jadi menantu orang Kedah

Yang ni pulak Farid..Dia pun Exco MPP jugak..
Asal dari Kedah Darul Aman Tanpanya..hehe

Inilah Ariff budak Ganu Kite tu..
Istimewa dia ni sebab ade 'pemanis muka'

Yang sebelah kanan sekali tu Muhsin @ Mosen..orang Tasik Chini...Peace..!!!

 Ini masa kat umah Atuk Raimi kat Lanchang..bercuti kat sana..

Ini dah kenal dah..

Bila dah abis kelas pun bergambar jer kejenya..

Inilah panglima dan pendekar dahulu kala yang masih hidup hingga ke hari ni..
ini masa pertandingan drama kat kolej aku daa..WINNER lagi..hehe

Tengok dari tepi pun dah boleh agak sape dia ni...kan3x

Tak taw nak kata ape dah..huhu

hmMm..

Kat sini rupanya dia..sebelah Syafiq tu nama dia Zamir...
trade mark die 'ok, fine'...'tahniah laa'..

Skema la pulak..hehe

Walaupun kitorang ni ade sifat dan tabiat yang berbeza-beza, namun kitorang tetap ada matlamat dan cita-cita yang sama iaitu nak jadi seorang DAI`E...
Mudah-mudahan Allah perkenankan..amiin..

Tuesday, April 3, 2012

Coretan Hari Ini - Part 1

Assalamualaikum

Erm...hari ni dah hari Rabu dan aku rasa dah tak sabar2 nak habiskan sisa hidup aku kat kolej ni..final exam pun tinggal 3 paper je lagi termasuk paper untuk petang nanti, pukul 2.30..setiap detik yang berlalu membuatkan diriku makin tak tahan..tapi walaupun excited sangat nk cuti semester, final exam kali ni mesti buat yang terbaik and dapat result yang gempak macam sebelum2 ni atau lebih baik lagi, insya Allah..semoga Allah permudahkan segalanya..hope dapat jawab dengan tenang dan baik2 je laa..dah usaha sedaya upaya..sekarang tinggal tawakal dan jawab jer soalan2 tu nanti..moga sahabat semua doakan aku untuk final exam ni..rasanya sampai kat sini je kot..kita jumpe lagi di lain waktu yer..!!!hepi alwayzZzz..

sekian, wassalam.

Wednesday, December 1, 2010

Bicara Tentang Cinta

Cinta merupakan sesuatu yang mulia dan ia adalah nikmat bagi manusia yang tahu menghargainya.Cinta boleh disamakan dengan wang ringgit.Wang ringgit yang digunakan bagi tujuan yang baik dan berfaedah akan membawa ketenangan namun sebaliknya akan memberi kemudharatan kepada pemiliknya jika disalahguna.Kita sedari bahawa cinta Allah merupakan cinta teragung dan nikmat yang tertinggi.Ini bersandarkan kepada dalil firman Allah SWT dalam kitabNya yang suci melalui surah Ali Imran ayat 31 yang bermaksud:

"Katakanlah jika benar kamu mengasihi Allah,maka ikutilah daku,nescaya Allah mengasihi  kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu.Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani"

Cinta juga boleh diibaratkan seperti pisau yang mana jika betul penggunaannya maka ia mendatangkan manfaat namun sebaliknya akan membawa mudharat jika salah penggunaannya.Sekiranya manusia itu tahu memanfaatkan perasaan cinta,di mana pemilik cinta itu tidak hanya menyerahkan cintanya pada harta benda,makanan mahupun manusia tetapi juga kepada Allah 'Azza wa Jalla,mereka akan berbahagia buat selama-lamanya di dunia dan akhirat Insya Allah.Mereka akan dianugerahkan syurga oleh Allah SWT dan mereka kekal abadi di dalamnya.Manusia yang menyerahkan cintanya kepada Allah,bukan kepada selain daripadaNya adalah tergolong dalam golongan orang yang bertaqwa yakni muttaqin.

Kitab al Quran sendiri turut memuatkan kisah cinta di dalamnya.Antara kisah yang terkenal ialah kisah Nabi Yusuf a.s.Menerusi surah Yusuf,diceritakan bagaimana baginda diuji dengan godaan seorang wanita.Pada ketika itu baginda sedang berhadapan dengan situasi antara hidayah dan dhalalah (kesesatan).Nabi Yusuf a.s adalah seorang pemuda yang begitu tampan.Sesiapa jua yang memandang wajah baginda pasti akan terpesona dan terpegun dengan ketampanannya.Pernah disebut dalam suatu hadis Rasulullah SAW "bahawa Allah yang menganugerahkan kecantikan itu kepada hamba-hambaNya dan sekiranya kecantikan itu diletakkan dalam satu guni,maka bagi ketampanan Nabi Yusuf a.s adalah 50% dan bakinya dimiliki oleh manusia di dunia."

Wanita yang menggoda Nabi Yusuf a.s juga adalah wanita yang cantik,iaitu isteri kepada seorang pembesar di Mesir.Persoalan yang timbul ialah bagaimanakah manusia seperti baginda tidak tergoda dengan kecantikan wanita itu sedangkan setiap manusia dicipta dengan nafsu dan nafsu lelaki adalah kepada wanita,kenapa?Sebenarnya,berdasarkan kisah ini orang Islam harus ambil iktibar mengenai pentingnya hubungan manusia dengan Allah SWT.Dalam kisah baginda ini,Allah yang memelihara baginda daripada desakan nafsu jahat seorang wanita.Bersenjatakan hidayah Allah,baginda dapat mengelak godaan wanita tersebut.

Teknologi yang ada pada masa kini boleh dimanfaatkan untuk menyemarakkan rasa cinta.Ada yang menyemai rasa cinta melalui internet,email,SMS bahkan terkini 3G yang diperkenalkan juga digunapakai untuk menyemarakkan rasa cinta.Sungguhpun cara lama seperti berutus surat masih lagi diamalkan semata-mata untuk menyemai perasaan cinta masing-masing.Namun apakah jaminan yang dapat diberikan bahawa dengan cara-cara di atas tidak membawa mudharat kepada diri kerana ini semua bergantung kepada hidayah Allah.

Jika seseorang wanita mengenali seorang lelaki yang baginya layak untuk dijadikan suami,maka dia boleh menyatakan hasratnya itu kepada lelaki tersbut.Hal ini samalah seperti kata pepatah Melayu 'perigi mencari timba' namun ianya bukanlah suatu masalah bagi Islam lebih-lebih lagi ia hanya merupakan budaya masyarakat Melayu.Dalam Islam adanya proses 'khitbah' atau pertunangan sebelum penikahan berlaku.

Islam juga telah menetapkan panduan untuk mencari isteri atau pasangan hidup kita seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW  riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

"Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah SAW,baginda bersabda:Perempuan itu inikahi kerana 4 perkara iaitu hartanya,keturunannya,kecantikannya dan agamanya,lalu pilihlah yang beragama nescaya kamu bahagia"

Bertuahlah lelaki yang beristerikan perempuan beragama,kerana agama ini kekal pada pemiliknya,tidak seperti kecantikan yang akan pudar seiring peningkatan usia.Isteri yang pandai melayan suaminya akan dikenang selama-lamanya sebagaimana Rasulullah mengenang Khadijah walaupun beliau telah meninggal dunia.Sehinggakan jika baginda menyembelih kambing,pasti akan diberikan dagingnya itu kepada sahabat-sahabat Khadijah.Rasa cinta yang mendalam yang ditunjukkan Rasulullah kepada Khadijah ini telah menimbulkan rasa cemburu Siti Aisyah yang juga isteri kesayangan baginda.

Rasulullah pernah bersabda menerusi riwayat Ibnu Hibban yang bermaksud:

"Barangsiapa yang mengahwini wanita kerana hartanya,Allah akan menjadikannya miskin.Barangsiapa yang mengahwininya kerana keturunan,Allah akan menghinanya.Barangsiapa yang mengahwini wanita supaya dia dapat menundukkan pandangannya,membentengi nafsunya atau menyambung tali persaudaraan,Allah tentu memberikan keberkatan kepadanya dengan wanita itu dan wanita itu diberi keberkatan kerananya."

Maka berkahwinlah dengan niat yang ikhlas kerana Allah.Niat untuk berkahwin yang salah,biasanya tidak akan kekal lama.Tetapi jika disandar kepada Allah nescaya akan berkekalan dan bagi yang berkahwin kerana cinta,Insya Allah cinta itu semakin hari semakin menebal.

Isteri pula sangat digalakkan berhias untuk suaminya,prihatin dengan keperluan suami dan bermacam-macam lagi.Begitu juga bagi seorang suami.Kita digalakkan untuk melakukan perkara-perkara yang dapat mengekalkan kebahagiaan rumahtangga.Rasulullah pernah menyebut bahawa baginda gemar berhias untuk isteri agar disayangi sebagaimana baginda juga gemar melihat isterinya berhias untuknya dengan harapan dirinya lebih disayangi.

Bagi seorang wanita yang menemui seorang lelaki yang beriman,beramal soleh,patuh dan taat pada Allah dan diyakini mampu mengemudi sebuah rumahtangga,maka tidak menjadi salah menawarkan diri untuk menjadi isteri dan pendamping bagi lelaki tersebut.Seperti yang dinyatakan di atas,pepatah 'perigi mencari timba' hanyalah budaya Melayu dan bukan konsep Islam.Menurut pandangan Islam,selagi ia tidak salah disisi hukum,maka ia tidak salah dan sewajarnya perkara yang baik ini dipercepatkan kerana bimbang datangnya fitnah dan sebagainya.Rasulullah bersabda dari riwayat Tirmizi yang bermaksud:

"Apabila datang kepada kamu lelaki yng beragama dan berakhlak maka kahwinilah dia,kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan."Para sahabat bertanya:bagaimana kalau dia sudah berkahwin?"Baginda menjawab:Kahwinilah juga dia"(Diulang sebanyak tiga kali)

Perasaan cinta memang tidak dapat ditolak dan ditepis dalam diri kita,tetapi kita mestilah pandai menggunakannya.Insya Allah kita akan sentiasa dikurniakan hidayah dan pertolongan daripada Allah SWT dalam hidup ini sama ada di dunia mahupun akhirat dan ingatlah dalam Memburu Cinta Ilahi perlukan pengorbanan dan penuh dengan ujian serta cabaran.Apa yang penting adalah...

"CARILAH ALLAH,HILANG ALLAH,HILANG SEGALA-GALANYA"

Sunday, October 10, 2010

Segala Dosa Dibongkar

Allah SWT telah menamakan hari kiamat dengan bermacam-macam nama dan gelaran.Salah satu daripada nama atau gelaran baginya ialah Yaumul Jamai'e yang bererti Hari Perhimpunan.Firman Allah SWT dalam al Quran yang bermaksud:

"Ingatlah hari yang pada waktu itu Allah mengumpulkan kamu pada hari perhimpunan untuk dihisab,itulah hari diperlihatkan segala kesalahan dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan mengerjakan amal soleh nescaya Allah akan menutupi kesalahannya dan memasukkannya ke dalam syurga dan mengalir sungai dibawahnya,mereka kekal di dalam selama-lamanya.Itulah keuntungan yang besar.''
(Surah at Taghabun:9)

Melalui ayat ini Allah SWT menjelaskan mengenai Yaumul Jamai'e di mana setiap insan pasti akan dihimpun dan dikumpulkan oleh Allah SWT di Padang Mahsyar kelak.Perhimpunan itu diadakan semata-mata untuk menghitung dan menghisab segala amal perbuatan manusia sama ada yang baik ataupun yang buruk.Perhitungan ini juga dibuat adalah untuk memilih dengan penuh keadilan oleh Allah SWT untuk mengetahui dan menilai ke manakah akhir kesudahan seseorang hamba-Nya sama ada ke syurga yang bahagia ataupun ke neraka yang celaka.Ini semua adalah berdasarkan timbangan amal masing-masing.

Pada hari perhimpunan yang besar itu,Allah SWT akan menampakkan segala kesalahan yang pernah dan telah dilakukan oleh seseorang hamba-Nya sama ada kesalahan itu dilakukan secaran terang-terangan mahupun sembunyi dan rahsia.Ingatlah bahawa pada hari itu,tidak terdapat sesuatu pun yang dapat disembunyikan oleh mana-mana insan kerana semuanya dalam pengetahuan Allah SWT.

Bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh kepada Allah SWT,sekalipun mereka melakukan kesalahan dan sememangnya manusia tidak pernah sunyi daripada melakukan dosa dan kesilapan.Tetapi sifat orang yang beriman itu segera sedar kerana kesalahan yang dilakukan,mungkin tidak sengaja ataupun terpaksa melakukannya dalam keadaan tertentu.Namun mereka dengan segera menyesalinya dan bertaubat kepada Allah SWT.

Justeru,Allah SWT menjelaskan dalam ayat 9 surah at Taghabun di mana Allah SWT berjanji kepada orang-orang beriman bahawa segala kesalahan mereka akan ditutupi serta memasukkan mereka ke dalam syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai.Manakala di penghujung ayat itu,Allah SWT menyatakan bahawa keadaan  orang-orang beriman yang telah ditutupi segala kesalahannya pada hari perhimpunan itu,ia merupakan anugerah yang besar daripada Allah SWT dan itulah keberuntungan yang sangat besar bagi orang-orang beriman.

Bagi orang-orang kafir pula nasib mereka ditetapkan oleh Allah SWT seperti yang dijelaskan-Nya dalam surah at Taghabun ayat 10 yang bermaksud:
"Dan orang-orang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami,mereka itulah penghuni neraka,mereka kekal di dalamnya.Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali"

Dalam ayat ini,Allah SWT menerangkan ciri-ciri orang kafir iaitu mereka yang mendustakan ayat-ayat Allah SWT.Orang yang mendustakan ayat-ayat Allah SWT termasuklah mereka yang tidak mengambil ataupun menolak peraturan dan hukum Allah SWT yang terkandung di dalam al Quran sebagai peraturan hidup sama ada kehidupan individu,masyarakat mahupun negara.Mereka yang mengambil hanya sebahagian  daripada hukum Allah SWT yang sesuai dengan dirinya,seperti hukum-hukum dalam bidang ibadat tertentu seperti solat,puasa,haji dan zakat.Mereka inilah sebenarnya golongan sekular yang hanya melaksanakan secebis daripada syariat Allah SWT yang dapat menjadi sumber keuntungan seperti zakat.Mereka bersungguh-sunguh mengadakan institusi zakat dan mewujudkan enakmen mengenainya supaya orang yang ingkar dapat dihukum.Hal ini dapat diumpamakan seperti menangkap ikan di dalam pukat yang sudah pasti mendapat keuntungannya.Sekalipun mereka melakukan ibadat kepada Allah SWT melalui ibadat khusus seperti solat,puasa,zakat dan haji serta sebagainya,namun tidak bermakna dan bukanlah pula satu jaminan bahawa mereka beriman sekiranya mereka sanggup menolak sebahagian ayat-ayatNya terutama ayat-ayat hudud yang wajib dilaksanakan oleh mereka yang berkuasa.

Pada hari perhimpunan itu nanti,Allah SWT akan memisahkan antara golongan mukmin dan kafir.Perpisahan ini amat ketara tatkala Allah SWT memperlihatkan segala kesalahan orang mukmin akan ditutupi dan dosa orang kafir ditunjukkan.Ini adalah sebagai salah satu rahmat dan anugerah daripada Allah SWT kepada hambaNya yang mementingkan iman dan aqidah dalam kehidupan.

Semasa kehidupan di dunia,orang kafir dan golongan mukmin masih lagi boleh hidup bermasyarakat,malangnya di akhirat kelak mereka terpaksa berjauhan dan berpisah menjadi dua firqah yakni satu firqah penghuni syurga manakala satu lagi penghuni neraka dan menjadi bahan bakar apinya.Allah SWT berfirman dalam surah as Syura ayat 7 yang bermaksud:
"Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Muhammad al Quran dalam bahasa arab supaya kamu memberi peringatan kepada ummu qura (penduduk Mekah) dan penduduk (negeri-negeri) di sekelilingnya (penduduk dunia) serta memberi peringatan pula mengenai Yaumul Jamai'e hari perhimpunan (kiamat) yang tidak ada keraguan padanya.Satu firqah masuk syurga dan satu firqah lagi masuk neraka."

Kesempatan yang masih terbuka di dunia ini kepada manusia untuk memilih firqah mana yang mesti dituruti,sama ada firqah orang yang beriman kepada Allah SWT dan beramal soleh ataupun firqah yang mendustakan ayat-ayat Allah SWT.Pilihlah dengan  berhati-hati dan jangan menyesal di hari kemudian.Insya Allah.